Dari Facebook Rohidzir Rais

Mudir menyembelih sendiri seekor lembu sebagai korban pada Hari Raya Korban yang lepas. Korban dan sembelihan adalah syiar Islam.

Sejak zaman kanak-kanak saya mengelak daripada menyaksikan penyembelihan kambing atau lembu. Darah yang banyak dan aksi meronta ‘kesakitan’ haiwan ini menimbulkan rasa belas dalam diri saya. Kerana itu saya mengelak untuk melakukan penyembelihan.

Hanya kemudian saya sedar penyembelihan haiwan mengikut tatacara Islam adalah yang paling tidak menyakitkan dan mempercepatkan kematian. Kajian pengkaji barat yang cuba membuktikan penyembelihan adalah haram sebaliknya mendapati sebaliknya.

Penggunaan pisau yang tajam memainkan peranan yang penting bagi memutuskan urat pernafasan pada leher lembu. Saintis yang mengkaji teknik ini mendapati haiwan tidak lagi merasa sakit kerana urat yang membawa isyarat sakit ke otok telah terputus.

Sebaliknya teknik barat seperti stun, mengenakan renjatan elektrik dan malah dengan melemaskan menimbulkan kesakitan yang berat kepada haiwan.

Haiwan yang disembelih kemudian dirungkaikan tali yang mengikat kaki agar ia bergerak hingga mengebabkan darah keluar lebih banyak. Sembelihan pada leher mengeluarkan banyak darah yang tidak baik untuk dimakan. Juga menyebabkan daging lebih lembut dan enak.

Jika tidak sakit mengapa haiwan meronta selepas disembelih? Apabila disembelih, otot tidak lagi menerima oksigen daripada jantung mennyebabkan ia bergerak seperti kekejangan.

Pengalaman menyembelih, tidak ada rasa hina atau benci pada lembu yang disembelih. Malah tiap kali sebelum meletakkan parang ke leher, lembu akan saya usap pada bahagian leher dan kepala bersama takbir. Pisau tidak ditunjukkan.

Demikian juga darah manusia. Membunuh manusia adalah kejam, tetapi sekiranya jihad dilaungkan di tanah air sendiri, membunuh musuh adalah kewajipan. Mungkin ada perkara yang manusia tidak suka tetapi Allah lebih tahu kebaikannya. Kerana syiarNya, kita akan terus berkorban.

Seorang guru dan rakan pernah menyebut, malanglah bagi lelaki yang tidak pernah menyembelih haiwan korban!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *