Para ulama itu yang membela negara dengan darah dan air mata, tetapi pengkhianat pula yang membuat harta…!

KETIKA Tanah Melayu dijajah, golongan ulama dan agamawan dianggap sebagai antara musuh atau ancaman paling berbahaya oleh kolonial Barat.

Keilmuan dan gerakan jihad yang ditiupkan begitu kuat sehingga mereka diangkat sebagai penasihat kepada kesultanan Melayu, sekali gus membantu dalam hal ehwal agama, pentadbiran, politik dan mengatur strategi ketenteraan bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Bagaimanapun umpama wira yang tidak didendang, sumbangan besar mereka seakan kurang mendapat perhatian, tidak diwacanakan secara besar-besaran dan dijulang sebagai tokoh kemerdekaan.

Kita sebenarnya amat terhutang budi dan perlu mengambil iktibar daripada perjuangan ulama silam yang sentiasa mendahulukan kepentingan agama tetapi mempunyai sifat cintakan tanah air yang begitu tinggi sehingga sanggup mempertahankannya sehingga ke titisan darah terakhir.

Kuliah 1: ULAMA PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU oleh Ustaz Rohidzir RaisPara ulama itu yang membela negara dengan darah dan air mata, tetapi pengkhianat pula yang membuat harta…!KETIKA Tanah Melayu dijajah, golongan ulama dan agamawan dianggap sebagai antara musuh atau ancaman paling berbahaya oleh kolonial Barat.Keilmuan dan gerakan jihad yang ditiupkan begitu kuat sehingga mereka diangkat sebagai penasihat kepada kesultanan Melayu, sekali gus membantu dalam hal ehwal agama, pentadbiran, politik dan mengatur strategi ketenteraan bagi mempertahankan kedaulatan negara.Bagaimanapun umpama wira yang tidak didendang, sumbangan besar mereka seakan kurang mendapat perhatian, tidak diwacanakan secara besar-besaran dan dijulang sebagai tokoh kemerdekaan.Kita sebenarnya amat terhutang budi dan perlu mengambil iktibar daripada perjuangan ulama silam yang sentiasa mendahulukan kepentingan agama tetapi mempunyai sifat cintakan tanah air yang begitu tinggi sehingga sanggup mempertahankannya sehingga ke titisan darah terakhir.

Posted by Rohidzir Rais on Saturday, August 24, 2019
Kuliah Ustaz Rohidzir Rais di SINAR dengan tajuk Ulama Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *