Anakanda Muzakkir Aniq mengirimkan senarai subjek yang mereka pelajari di Ma’had Buuth al-Azhar. Sebanyak 15 subjek menggunakan 8 buah kitab. Selain Bahasa Arab dan agama, subjek-subjek akademik juga menarik kerana mereka mempelajarinya dalam Bahasa Arab. Sains kimia, geografi, matematik dan komputer diajarkan dalam Bahasa Arab yang memerlukan pelajar berusaha lebih bagi memahami istilah yang digunakan.

MUZAKIR ANIQ DAN NUQMAN HAFIZ, DUA ORANG PELAJAR SINAR YANG SEDANG BELAJAR DI KELAS DUA TSANAWI, MAHAD AL-BUUTH AL-AZHAR

Subjek I’dadi 2:
1.Fiqh syafi’e
2.Usuluddin(tauhid,tafsir,hadis,sirah)
3.Al-quran al-karim
4.Tajweed
5.Nahu
6.Sorof
7.Mutolaah wa nusus
8.Insya’
9.Imla’
10.Khat
11.Bahasa inggeris/perancis(wajib pilih satu)
12.Matematik
13.Sains(umum,thanawi baru pecah kepada kimia,fizik dan biologi)
14.Pendidikan kemasyarakatan(geografi dan tarikh islami)
15.Komputer

Dalam gambar adalah Anakanda Muzakkir Aniq (16 tahun) ke Mesir ketika berusia 14 tahun dan Nuqman (15 tahun) ke Mesir ketika berusia 13 tahun, ketika masih di SINAR.

SYABAS anakanda semua kerana ketika menteri dan ahli akademik sedang berteori tentang anak-anak bawah 12 tahun tidak dibenarkan tinggal di asrama, anak-anak SINAR membuktikan mereka telah pun berada di Mesir dalam usia yang muda.

Ajarkan kepada mereka bahawa ilmu dan kematangan tidak mengenal usia dan fizikal, tapi akal dan nurani.

*Catatan lama ketika pelajar-pelajar SINAR baru memasuki I’dadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *