Dakwah juga memerlukan promosi dan promosi menuntut kos yang tidak murah…. Lalu dakwah memang mahal, maka biarlah perjuangan dakwah ini berbaloi.

Pada 1 Oktober 2019, Ustaz Rohidzir Rais bersama Dr Irwan telah ke udara secara langsung di IKIM.FM. Slot berbayar selama setengah jam diperuntukan bagi memperkenalkan Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) dan silibus tinggi yang berbeza daripada sekolah lain. SINAR bukan tahfiz atau sekolah integrasi, kerana itu sukar menjelaskan kepada ibubapa apakah sebenarnya SINAR. Kerana itu, pelaburan terpaksa juga dibuat untuk mempromosikan sekolah ini.

SINAR juga mahu membuka mata ibubapa dan pengusaha sekolah agama bahawa pendidikan agama Islam tidak boleh diambil mudah dan diuruskan secara semberono. Kita mahu lepasan tahfiz yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tidak disia-siakan dengan memilih bidang pengajian lain. Konon atas nama ‘tahfiz profesional.’ Sedangkan tanggungjawab besar para huffaz ini adalah memahami kalam Allah yang telah mereka hafaz, menguasai Bahasa Arab dan ilmu syariat yang lain.

Alhamdulillah, rupa-rupanya seruan agak keras saya kepada ibubapa yang mempunyai anak hafiz menyentak perasaan mereka. Panggilan bertubi-tubi selepas rancangan ini datang daripada ibubapa yang tidak tahu bagaimana anak-anak mereka yang cemerlang dalam tahfiz ini dapat meneruskan pengajian.

SINAR positif untuk menerima pelajar berusia yang telah khatam hafazan Quran dan menyiapkan mereka untuk ke Universiti al-Azhar, Mesir, dalam masa 2 tahun setengah.

Pelajar muda dan bijak yang berusia 10-15 tahun juga masih diterima untuk silibus khas yang lebih lama dan mantap.

Taklimat ibubapa dan temuduga pelajar bagi sesi 2020 akan diadakan pada 9 November 2019, jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Maklumat lanjut, layari www.danasinar.com

Ustaz Rohidzir Rais
Mudir SINAR
Port Dickson
11 Oktober 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *