Pada 31 Ogos 2019, pelajar-pelajar bersama dengan para guru telah meraikan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-62 dengan pelbagai acara termasuk Larian Merdeka, BBQ Merdeka dan lain-lain. Pada malamnya, acara kemuncak diadakan. Malam Merai Darah Syuhada diadakan bagi membolehkan para pelajar mempamerkan bakat mereka dalam merai para pejuang yang telah bermandian darah dan air mata demi membebaskan tanah air ini daripada penjajah British, Jepun, Komunis, Portugis dan Belanda.

Pelajar-pelajar mempamerkan persembahan mengagumkan dalam aca nasyid kemerdekaan yang dinyanyikan dalam bahasa Arab dan Melayu. Mereka juga tidak kekok mendeklamasikan sajak-sajak kemerdekaan dengan gaya dan semangat yang luar biasa. Pidato yang disampaikan oleh Saudara Muammir Mukmin juga luar biasa bersemangat dan berani menyatakan kebenaran tentang siapa pejuang dan siapa petualang.

Poster aturcara Sambutan Kemerdekaan Tanah Melayu@SINAR.

Acara Larian Merdeka yang diadakan juga mendapat penyertaan yang baik daripada para pelajar.

Semangat Patriotik… Saudara Arif dan Saudara Al hafiz berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Tenang dan bersemangat… Saudara Hafizuddin dan Saudara Taqiuddin meneruskan larian bersama Jalur Gemilang.
Pelajar Lelaki SINAR bersiap untuk Larian Merdeka.
Adik Muhammad Anas Aqif dan Maryam Humaira menjadi dua orang peserta yang turun berlari bersama pelajar lain. Semnagat luar biasa generasi muda.

Majlis Malam Merai Darah Syuhada @ SINAR

Posted by Rohidzir Rais on Saturday, August 31, 2019
Rakaman penuh Malam Meraikan Darah Syuhada@SINAR boleh disaksikan di link di atas.
Kemuncak majlis malam itu, pelajar perempuan telah mengadakan persembahan drama pentas bertajuk Ketika Darah Tun Mutahir Mengalir di Sg Melaka. Persembahan yang luar biasa itu telah menarik perhatian semua hadirin yang menyaksikan dengan penuh teruja. Tahniah kepada pelakon, penulis skrip dan pengarah drama ini.
Wirawati SINAR mengibarkan Jalur Gemilang.
Kumpulan nasyid pelajar lelaki mendendangkan lagu Ya Biladi dan Gemuruh.
Bergambar kenangan selepas program.
Ustaz Atiq (duduk berbaju putih) yang bertungkus lumus melatih kumpulan nasyid lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *