Bukan program motivasi!
Tiada adegan menangis beramai-ramai!
Tiada aktiviti ‘lasak’ melibatkan peserta lelaki dan perempuan atau dengan jurulatih berlainan jantina!
Bukan juga kursus ‘suka-suka’ bagi membuang masa cuti atau kerana ibubapa tidak mampu menjaga anak-anak ketika cuti sekolah!

Peningkatan Ilmu secara Intensif…

Ini prinsip SINAR yang menganjurkan kursus intensif pada setiap cuti sekolah sejak awal penubuhannya lima tahun dahulu. Kursus Kefahaman al-Quran dan Intensif Bahasa Arab adalah kursus berskala ‘berat’ yang memerlukan peserta bersedia menguji minda mereka ke tahap yang terbaik.

Bukan mudah memahamkan peserta-peserta muda yang belum fasih al-Quran untuk memahami surah-surah tertentu di dalam al-Quran. Silibus memahami kitab Allah ini tidak diajarkan di mana-mana sekolah walau pun tahfiz.

Bayangkan, sepanjang tahun mempelajari kitab karangan manusia demi kelulusan dalam peperiksaan, hanya dua minggu anak-anak ini didedahkan dengan ‘apa yang Allah katakan di dalam al-Quran.’ Mereka akan menghafaz surah al-Dukhan, membedah tajweednya, menghafaz maksud setiap perkataan, dan akhirnya mereka dibentangkan dengan huraikan surah ini dalam 6 tema. Pada akhir kursus, para peserta akan membaca hafazan surah ini di hadapan ibubapa, menterjemahnyanya dan berpidato berasaskan surah al-Dukhan ini.

Ini adalah motivasi tertinggi bagi anak dan ibubapa. Mereka memahami kalam Allah.

Kursus Kefahaman al-Quran Surah al-Dukhan menjadi kursus cuti sekolah yang terindah yang boleh diberikan ibubapa kepada anak-anak. Memberikan peluang kepada mereka untuk memahami kalam Allah setelah saban tahun sibuk dengan kalam manusia.

Kursus Intensif Bahasa Arab pula adalah upaya SINAR membantu pelajar yang gagal dalam subjek Bahasa Arab. Semua orang boleh belajar dan mengajar Bahasa Arab, tetapi meringkaskan dan memadatkan silibusnya dalam masa dua minggu adalah kelebihan besar yang dimiliki SINAR. Alhamdulillah

Bagaimana kursus dua minggu mampu menandingi silibus bahasa Arab dua tahun di sekolah biasa?

Kerana SINAR melanggar tradisi pengajaran Bahasa Arab yang biasa diajarkan di sekolah kebangsaan malah sekolah pondok.

Beberapa orang peserta kursus ini gagal dalam subjek Bahasa Arab dengan markah D! Sekarang sedang menduduki SPM dan subjek Bahasa Arabnya dalam ujian percubaan SPM adalah B.

Senario ini berulang setiap tahun.

Pelajar cemerlang dalam semua subjek lain, kecuali Bahasa Arab. Kursus Intensif Bahasa Arab SINAR adalah penyelesaiannya. Insyallah

Ustaz Rohidzir Rais
Mudir Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)
PORT DICKSON
www.danasinar.com

______________ PAKEJ KURSUS SINAR_____

A. Kursus Kefahaman al-Quran – RM350.00
– 24 – 30 November 2019

B. Kursus Intensif Bahasa Arab – RM1,500.00
– 1 – 14 Disember 2019

C. Pakej Combo (Kefahaman + Bahasa Arab) = RM1,700.00, jimat RM150!

D. Pakej 1+1 (Dua orang atau lebih penyertaan untuk satu kursus)
✒- Kursus Kefahaman al-Quran – Diskaun RM25.00 untuk setiap peserta. Contoh, 2 adik beradik sertai kursus kefahamam, harga asal RM700, diskaun RM25 x 2 = RM50, bayaran selepas diskaun RM650.00

✒ Kursus Intensif Bahasa Arab – Diskaun RM50.00 untuk setiap penyertaan bersama. Contohnya dua orang adik beradik menyertai kursus ini, yurannya adalah RM3,000.00. Selepas diskaun RM50.00 seorang, bayaran hanya RM2,900.00.

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Rohidzir Rais, 019-3459257

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *