Pidato adalah sebahagian aktiviti wajib SINAR bagi melatih para pelajar bercakap di hadapan khalayak ramai. Ia juga memaksa pelajar untuk mengkaji topik yang dipilih dan mengarangnya sendiri dalam bentuk pidato. Tanpa mengira usia, pertandingan pidato di SINAR memberikan peluang kepada siapa sahaja yang mahu mencuba.

Mudir, Ustaz Rohidzir Rais dan Ustaz Akbar Sarif sebagai juri pertandingan pidato.
Tekun mengubah suai teks pidato masing-masing sambil berdebar menunggu giliran.
Saudara Muhammad Fatihi Mohd Fakhri.
Saudara Muammir Mukmin pertama kali menyampaikan pidato di khalayak ramai.
Bersemangat dan tangkas… Saudara Muhammad al-Hafiz memikat hati penonton dengan gaya yang bersahaja.
Peserta wanita juga sama hebat… Saudari Wan Suwaibah menyampaikan pidato dengan bergaya dan berkeyakinan.
Berdebar menanti giliran.
Ibubapa yang turut hadir memberikan semangat kepada anak-anak.
Ustazah Fadzlina sebagai pengacara.
Mudir memberikan ulasan dan kata-kata semangat. Siapa yang menang agaknya?

Pertandingan Pidato SINAR 2019 telah dimenangi oleh Saudari Wan Zainab Hanin binti Mohd Sharafi daripada Kelantan yang baru berusia 14 tahun. Pidato luar biasa beliau disampaikan sekali lagi di hadapan Ustaz Pahrol Md Joui, bertajuk “Tauhid Saintifik Lambang Peradaban Bertuham”.

Ustaz Pahrol juga menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM200.00 dan hamper. Berkali-kali Ustaz Pahrol menyatakan keterujaannya dengan penyampaikan pelajar SINAR dengan tajuk yang sukar dan berat.

Pertandingan pidato, debat, forum dan drama pentas adalah sebahagian aktiviti wajib di SINAR bagi mengasuh pelajar fasih dan bijak berhujah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *