Alhamdulillah… Antara tujuan saya ke Mesir kali ini, selain menghantar dan memastikan uruskan pelajar baru SINAR adalah juga bagi memastikan kemaslahatan para pelajar dijaga bukan hanya dari sudut kebajikan tetapi juga akademik.

JAMUAN DAN PERJUMPAAN MUDIR SINAR, USTAZ ROHIDZIR RAIS DENGAN SEMUA PELAJAR SINAR YANG BERADA DI MESIR.

Kerana itu, pada 17 September 2021 yang lepas saya telah mengadakan pertemuan pertama yang menghimpunkan semua pelajar SINAR yang berada di Mesir, lelaki dan perempuan. Dalam pertemuan ini, saya memberikan nasihat dan tauhijat kepada semua pelajar bahawa misi dan tugas mereka di Mesir bukan urusan peribadi mereka dan keluarga mereka sahaja. Tetapi untuk sesuatu yang jauh lebih besar. Keberadaan pelajar-pelajar SINAR perlu dirasai dan memberikan bekas kepada orang lain. Mereka perlu menjernihkan nama baik Ma’had al-Buuth al-Azhar yang selama ini dipandang sepi oleh pihak berkuasa agama di negara kita. Seolah-olah pelajar Buuth tidak belajar agama dan hanya membuang masa.

Stigma buruk ini telah mula dibersihkan oleh pelajar-pelajar SINAR yang mendapat keputusan cemerlang dalam kelas masing-masing. Kejayaan mereka dalam usia yang muda mengejutkan banyak pihak yang mula membuka mata. Hatta pihak al-Azhar sendiri memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar ini sehingga membenarkan pelajar yang berusia 14 tahun memasuki Tsanawi yang sepatutnya hanya pelajar berusia 15 tahun sahaja. Al-Azhar amat toleransi dan meraikan bijaksanakan pelajar yang telah memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan I’dadi 2 dan Musabaqah. Mereka juga membenarkan pelajar SINAR mengikuti Tsanawi di aliran sains di Ma’had Talaat yang dikhususkan untuk pelajar Mesir. Demikian juga, Al-Azhar bermurah hati dan berbangga membenarkan pelajar SINAR yang berusia baru 15 tahun memasuki tahun pertama Universiti al-Azhar dengan menawarkannya 23 fakulti layak dengan kelulusannya. Percaya atau tidak, puteri cilik kelahiran Kota Bharu ini memilih fakulti Usuludin dengan pengkhususan Aqidah dan Falsafah, syu’bah yang paling kurang pelajar Malaysia. Ketika di lapangan terbang Kaherah, saya berkata kepada pelajar ini, “Lain kali jangan buat kejutan seperti ini lagi. Tapi pastikan tahun pertama ini enti dapat Mumtaz!”

SINAR berterima kasih kepada Al-Azhar kerana menerima, meraikan dan berbangga dengan anak-anak kami yang muda, kecil tetapi mempunyai semangat belajar yang tinggi. Sesuatu yang tidak mungkin mereka peroleh daripada negara sendiri. Ketika mengkaji silibus Ma’had al-Buuth, saya juga melihat senarai pelajar-pelajar terbaik dalam kelas masing-masing yang semuanya datang daripada pelajar negara lain termasuk jiran kita Indonesia yang mendominasi. Nama Malaysia tidak pernah naik dalam senarai 10 pelajar terbaik. Lalu ketika itu, saya berazam dan berdoa kepada Allah agar akan ada pelajar SINAR yang menaikan nama Malaysia sebagai antara pelajar-pelajar terbaik. Dan Allah kabulkan doa ini.

Penubuhan IKATAN LEPASAN SINAR MALAYSIA atau ringkasnya IKATAN ditubuhkan bagi melindungi pelajar-pelajar ini. Memastikan mereka bekerjasama dalam peningkatan akademik di Buuth dan Universiti al-Azhar dan juga cemerlang dalam tsaqafah dengan menyertai kelas-kelas pengajian, halaqah dan daurah. Sebuah tabung juga akan diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar yang mengalami kecemasan seperti kemalangan dan keputusan wang. Malah Tabung IKATAN ini akan menghimpunkan sumbangan, sedekah dan zakat yang disalurkan kepada pelajar-pelajar ini. Kewangan memang menjadi musuh utama dalam belajar. Hasrat para pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi juga menuntut kos yang tidak sedikit sedangkan kebergantungan kepada ibubapa juga tidak menjamin untuk tempoh yang lama.

LAWATAN ILMIAH PELAJAR-PELAJAR SINAR KE MUZIUM OF ISLAMIC ART

IKATAN akan didaftarkan di bawah Kedutaan Malaysia dan dengan Kementerian Dalam Negeri Mesir bagi membolehkannya bergerak dengan lebih bebas dan luas. Juga bagi membolehkan pertubuhan ini memiliki harta seperti kenderaan dan yang paling utama sebuah apartmen yang akan menjadi markas operasi dan asrama pelajar. Saya membayangkan apartmen ini akan memiliki perpustakaan yang lengkap, bilik komputer dan multimedia yang cukup bagi kegunaan pelajar dalam kegiatan akademik dan sosial. Mereka juga saya hasratkan mempunyai majalah sendiri sama ada bercetak atau digital bagi mengembangkan dakwah melalui tulisan juga media.Siang tadi, saya dan para pelajar di Mesir telah mengadakan mesyuarat atas talian pertama IKATAN bagi membentuk sebuah ahli jawatankuasa pertama kami. Pemilihan juga dilakukan dalam bentuk yang berbeza.

Tidak ada pencalonan orang lain untuk mana-mana jawatan. Sebaliknya mereka menawarkan diri mereka untuk mana-mana jawatan yang mereka mahu pegang dan bersedia bertanggungjawab dan belajar menguruskannya. Mereka juga mencadangkan beberapa biro yang mereka rasakan sesuai walau pun berbeza dengan pertubuhan lain. Biro perniagaan misalnya adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya. Tetapi ia idea yang bernas. Presiden dan Timbalan Presiden juga melantik diri mereka sendiri. Proses berjalan dengan baik dan dalam jangka masa yang singkat tanpa lewa dan rompol.Insyallah, dengan izin Allah, setiap tahun SINAR akan menghantar pelajar-pelajar baru ke Mesir dan jumlah mereka akan bertambah dengan cepat dalam masa dua atau tiga tahun ini. Para AJK SINAR berazam menguruskan semua pelajar-pelajar baru yang akan datang termasuk pendaftaran pelajar dan penempatan.Doakan anak-anak SINAR yang cekal ini dilindungi Allah dan membawa sinar anak Melayu di langit al-Azhar.

Ustaz Rohidzir Rais

Mudir SINAR

Penaung IKATAN (juga lantikan sendiri)

Senaraik AJK IKATAN akan disiarkan kemudian Insyallah

____________________________

Jika anak anda sering mendapat tempat pertama dalam kelas dan cemerlang dalam kebanyakan subjek di sekolah, mungkin dia antara pelajar terpilih yang dikurniakan akal yang cergas. Anak istimewa seperti ini tidak sesuai diletakkan dalam sistem pengajian arus perdana seperti pelajar lain. Malah zalim bagi anak ini dibiarkan dalam pengajian seperti ini. Mungkin tempatnya adalah di SINAR yang menghimpunkan pelajar-pelajar bijak dan berakhlak mulia dan dipertemukan dengan barisan ilmuwan berkaliber dan silibus yang tinggi dan mantap.Temuduga pelajar dan ibubapa untuk pengambilan pelajar sesi 2022 akan diadakan pada bulan November 2021. Calon pelajar wajib mendaftar lebih awal bagi mengikuti temuduga ini. Maklumat lanjut mengenai temuduga ini akan disampaikan kepada calon yang telah mendaftar.Link Pendaftaran:https://asis.awfatech.com/asis0036/

Silakan ziarah laman sesawang SINAR bagi mengenai sekolah ini, hala taju, silibus dan peraturan. Sekiranya bersesuaian dengan perancangan ibubapa dan anak juga layak, silakan mendaftar.Link Web SINAR: www.danasinar.com

————–

Mahu bersama membangunkan SINAR?Ini link untuk sumbangan dana :https://bit.ly/2N8q4Lw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *