oleh Ustaz Rohidzir Rais, Mudir SINAR

Sungguh, pendidikan bukan lagi tentang menyiapkan anak-anak untuk bekerja apa nanti, tetapi melengkapkan mereka dengan apa yang mampu menjaga akidah mereka.

Berpuluh tahun kita diajarkan belajar untuk lulus peperiksaan agar dapat masuk universiti dan memperoleh pekerjaan lumayan, katanya demi masa hadapan. Tidak pernah terlintas dalam minda ibubapa dan guru bahawa pendidikan yang lebih penting adalah asuhan membentuk dan memelihara akidah mereka demi masa hadapan yang lebih pasti, akhirat.

Demikian silibus pendidikan yang menjadi teras pelajaran di Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR). Memasuki tahun keenam penubuhannya tahun hadapan (2020), SINAR mengorak langkah lebih jauh bagi menyiapkan pelajar dengan silibus yang lebih tinggi dan mantap .

Kejayaan dua generasi pelajar yang meneruskan pelajaran Ma’had Buuth al-Azhar, Mesir, adalah penanda aras kepada silibus SINAR yang tidak pernah diuji sebelum ini. 95% peratus pelajar yang mengikut sistem SINAR berjaya melepasi piawaian Bahasa Arab tinggi yang ditetapkan oleh Universiti al-Azhar. Ujian yang sering menjadi mimpi ngeri pelajar Malaysia yang mahu menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar.

SINAR untuk pengambilan pelajar tahun hadapan menyasarkan dua golongan pelajar yang bijak dan berwibawa.

Kumpulan pertama, adalah pelajar muda berusia 10-15 tahun yang mempunyai potensi tinggi digarap dengan silibus yang cemerlang dan dipertemukan dengan guru-guru yang berwibawa. Dalam masa 4-5 tahun, mereka disasarkan untuk mengungguli sebahagian ilmu Islam di SINAR. Lalu meneruskan pelajaran mereka ke Buuth al-Azhar dengan bergaya dan bersedia.

Kumpulan kedua adalah para penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran atau sekurang-kurangnya 15 juzuk. Tetapi mereka tidak pernah mendapat pengajian lengkap dalam ilmu Islam dan Bahasa Arab. Para hufaz ini perlu diselamatkan dengan diajarkan semua ilmu ini hingga mereka mampu memahami al-Quran yang telah mereka hafaz

SINAR hanya memilih pelajar dan ibubapa yang mempunyai kesungguhan dan kemampuan bagi mengikuti silibus tinggi ini. Temuduga pelajar dan ibubapa akan diadakan pada 9 November 2019. Ibubapa juga perlu mendengar dahulu taklimat mengenai SINAR merangkumi silibus, undang-undang dan hala tuju pelajar selepas itu.

Maklumat lanjut: www.danasinar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *