KERATAN AKHBAR THE STRAITS TIMES YANG MEREKODKAN SEJARAH PENTING INI.

Sejarah penghantaran pelajar Melayu yang masih muda ke Mesir bukan perkara baru. Pada 4 November 1948, The Straits Times menyiarkan laporan dalam ruangan Malays News bahawa untuk pertama kalinya dalam sejarah dua orang anak Melayu yang berusia kurang 10 tahun akan dihantar ke Mesir bagi mengikuti pengajian Islam di sana.Mereka adalah Yahya bin Abdul Ghani dan Abdul Khalid bin Mahmud. Kedua-dua anak muda berhati waja ini telah mengikuti pengajian sekolah rendah di Sekolah Melayu dan mengikuti sekolah menengah di bawah sekolah kerajaan Mesir.Hari ini, perjuangan dua orang anak Melayu yang masih muda ini diteruskan oleh lebih ramai pelajar-pelajar yang memasuki Ma’had al-Buuth al-Azhar sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dalam 23 bidang pengajian yang ditawarkan. Ini melebihi bidang yang ditawarkan untuk pemegang sijil STAM.Alhamdulillah, pelajar-pelajar SINAR juga menjadi sebahagian daripada anak-anak muda yang memulakan pengajian di peringkat menengah di bawah al-Azhar. Benarkah Buuth ini sama tarafnya dengan sekolah menengah di Malaysia?Benarkah pelajar Buuth hanya belajar ‘akademik’ seperti sekolah menengah di Malaysia sehingga mereka tidak dipertimbangkan untuk menerima zakat?Apa yang menarik perhatian saya dengan silibus Buuth sehingga nekad menggunakan silibus ini sebagai sebahagian daripada silibus SINAR dan menghantar pelajar-pelajar ke sini?Ini dan banyak lagi mengenai Buuth dan Al-Azhar dan hubungannya dengan orang Melayu di Malaysia akan saya ceritakan dalam beberapa pos yang akan datang. Saya juga akan membedah buku-buku teks Buuth bagi menilai tahap pembelajarannya.Ustaz Rohidzir Rais Mudir SINAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *