Persiapan Melanjutkan Pelajaran ke Timur Tengah dan IPT Tempatan dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab

Masalah keciciran pelajar Malaysia di universiti luar negara kerana kelemahan penguasaan Bahasa Arab dan asas ilmu lain telah menjadi masalah yang berpanjangan sejak lama. Kelemahan bukan hanya daripada pihak pelajar tetapi juga silibus menengah atau pra universiti yang diberikan kepada mereka. Namun merombak sistem yang ada tidak mampu dilakukan dengan mudah dan drastik. Lalu program yang dicadangkan ini adalah sebagai alternatif lain dalam masa yang singkat dan terhad bagi menangani masalah ini.

MENGAPA DAN UNTUK SIAPA PROGRAM INI?

Kumpulan sasaran program ini adalah pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara sama ada Mesir, Maghribi atau Jordan. Pelajar-pelajar ini walau pun lulus dengan baik dalam peperiksaan tetapi penguasaan Bahasa Arab mereka masih rendah dan tidak mampu menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap dalam Bahasa Arab. Kelemahan ini memberikan kesan yang besar kepada mereka apabila tidak dapat mengikuti pengajian dengan baik kerana masalah bahasa. Akibatnya, pelajar gagal lulus peperiksaan saban tahun hingga melebihi tempoh yang sepatutnya. Fenomena kelemahan penguasaan Bahasa Arab pelajar Malaysia yang belajar di luar negara berlaku di mana-mana. Ia memberikan kesan kepada perbelanjaan yang terpaksa dibiayai oleh ibubapa atau yang ditaja oleh pihak Majlis Agama Negeri. Lebih malang, sekiranya kekurangan ini menyebabkan pelajar berputus asa dan meninggalkan pengajian.

Kelemahan yang sama dapat dikesan dalam pemahaman ilmu Fiqh Syafii, Usul Fiqh dan kaedah Fiqh. Bab fiqh seperti Muamalat, Jinayat, Mawarith, Sultan dan Zakat tidak dikuasai dengan baik oleh pelajar, apatah lagi fiqh mengikut mazhab lain yang akan mereka pelajari di luar negara. Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh yang menjadi asas pembentukan hukum dan mazhab juga perlu dikuasai terlebih dahulu bagi membolehkan pelajar memahami ilmu fiqh dengan lebih komprehensif dan mendalam. Subjek ini dilihat sebagai sukar dikuasai oleh pelajar Malaysia yang semakin sukar apabila keluar negara.

MATLAMAT PROGRAM

Program ini susun khusus bagi meningkatkan kemahiran para pelajar yang akan menyambung pelajaran di luar negara atau dalam negara. Dua kemahiran asas utama yang diperlukan oleh mereka adalah Bahasa Arab dengan kebolehan 4M, membaca, mendengar, menutur dan menulis, dan penguasaan ilmu fiqh merangkumi semua bab. Ini termasuk juga ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh yang menjadi kunci dalam pembinaan hukum.

Peserta disasarkan untuk mencapai matlamat berikut selepas program ini:

  1. Bahasa Arab;
    • Mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan bacaan yang 80%  tepat.
    • Mampu menterjemah teks sederhana yang diberikan.
    • Mampu meng’irab ayat-ayat yang diberikan dengan 80% ketepatan.
    • Mampu mendengar dan memahami perbualan dalam Bahasa Arab.
    • Mampu berkomunikasi dalam situasi asas dan biasa.
    • Mampu menyusun ayat dengan tatabahasa yang betul.
    • Mampu mengarang karangan ringkas dan sederhana.
    • Menghafaz sekurang-kurangnya 2,000 perkataan baharu.
  2. Fiqh Syafii, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh,
    1. Menggunakan peta minda ringkasan kitab Matan al-Ghayah wa al-Taqrib, pelajar diajarkan empat bab utama dalam Fiqh;
      • Fiqh Ibadah
      • Fiqh Munakahat
      • Fiqh Muamalat
      • Fiqh Jinayat, Penghakiman dan Jihad
    2. Menghafaz Kaedah Fiqh;
      • 5 Kaedah Utama dan pecahannya.
      • 40 Kaedah Pecahan.
      • Memahami kaedah yang diberikan dan menyesuaikan dengan contoh.
      • Mampu menyesuaikan kaedah dengan contoh yang diberikan.
    3. Memahami sejarah pembentukan hukum Islam dan sumber hukum Islam.

SUBJEK DAN KITAB RUJUKAN

No. Subjek Nama Kitab
1 Fiqh Syafie تشجير متن الغاية والتقريب للدكتور عماد علي جمعة
2 Qawaid Fiqhiyyah إيضاح القواعد الفقهية للشيخ عبد الله سعيد اللحجي
3 Usul Fiqh الوجيز في أصول الفقه للدكتور عبد الكريم زيدان
4 Nahu النحو الواضح لعلي الجازم و مصطفى آمين
5 Sorof المدخل الصرفي لدكتور علي بهاء الدين
6 Mutholaah Keratan akbar ArabPetikan kisah pendek
7 Balaghah البلاغة الواضحة لعلي الجازم و مصطفى آمين
8 Muhadasah العربية بين يديك
9 Hafazan Mufradat Kamus Sinar Azhari susunan Rohidzir Rais
  • Kitab yang digunakan adalah sebagai panduan sedangkan pengajaran mengikut kaedah guru SINAR yang lebih pantas.

TEMPOH PROGRAM

3 bulan, Februari, Mac dan April 2020, tempoh yang agak sederhana bagi menguasai beberapa asas ilmu yang penting sebagai persiapan pelajar ke universiti luar negara. Pengurangan tempoh ini jika perlu boleh dilakukan tetapi tetap juga memberikan kesan kepada matlamat utama program ini.

NILAI TAMBAH

  1. Pengurusan diri, melalui latihan perkhidmatan di asrama dan kelas, bagi membantu pelajar berdikari di luar negara.
  2. Kepimpinan, melalui tugasan dan kerjasama dalam pelbagai aktiviti termasuk membimbing pelajar lain dalam akademik.
  3. Pengucapan Awam, mempelbagaikan kebolehan bercakap di khalayak ramai.
  4. Penulisan dan media, mendedahkan pelajar dalam bidang penulisan sebagai satu medium dakwah yang penting dan utama. Kebolehan ini menjadi nilai tambah yang lumayan bagi pelajar menyampaikan ilmu mereka kelak.

BARISAN PEMBIMBING

Program ini memerlukan barisan pembimbing yang benar-benar menguasai bidang kemahiran yang ditawarkan. Justeru, SINAR menawarkan guru-guru yang telah diiktiraf keilmuan mereka dan berpengalaman mengajarkan subjek-subjek ini sama ada di universiti atau pun di sekolah. Kelebihan pembimbing yang berwibawa ini adalah kemampuan mereka meringkaskan silibus yang diajarkan dengan pelbagai kaedah dan rumusan sendiri.

Bil Nama Jawatan & Kelulusan
1 PROF MADYA DR IRWAN MOHD SUBRI Pengarah INFAD, Pensyarah USIM
2 DR MOHD HAPIZ MAHAIYIDIN Ahli Jawatankuasa Jabatan Mufti Negeri Kedah
Pensyarah UiTM
3 USTAZ MOHD ZUHDI AHMAD KHASASI Sarjana Muda Syariah Uni. Al-Azhar, Mesir Master Pengajian Islam UKM
4 USTAZ AKBAR SARIF Sarjana Muda Syariah UNIDA, Gontor Master Syariah, APIUM
5 USTAZAH RINI ARIYANTI ROMLI Sarjana Muda Syariah Uni. Al-Azhar, Mesir Master Ekonomi Islam Uni, Gajah Mada, Indonesia
6 USTAZ MOHD ZAINI MOHD NASIR Sarjana Muda Syariah Uni. Al-Azhar, Mesir

IMPLIKASI KEWANGAN

Program intensif dan padat yang julung kali diadakan ini memakan belanja yang tidak sedikit, namun ia perlu bagi menjamin kualiti yang dihajatkan. Kos pengajian dan makan minum adalah paling tinggi kerana program ini memerlukan gabungan pembimbing yang berwibawa dan mahir dalam bidang masing-masing. Ia menjadi kunci kepada kejayaan kursus ini.

No Perkara Nilai/Hari 1 Bulan/ 30 hari 3 bulan/ 90 hari
1 PENGAJIAN RM20.00 RM600.00 RM1800.00
2 MAKAN MINUM RM20.00 RM600.00 RM1800.00
3 ASRAMA RM5.00 RM150.00 RM450.00
4 BUKU RUJUKAN RM200.00 RM200.00 RM200.00
JUMLAH RM1550.00 RM4250.00

Cadangan Pembiayaan

  1. Pembiayaan penuh daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri.
  2. Pembiayaan bersama Majlis Agama Islam Negeri dan ibubapa.
  3. Pembiayaan sebahagian daripada Majlis Agama Islam Negeri dan sebahagian daripada sumbangan atau zakat orang ramai.
  4. Pembiayaan penuh daripada ibubapa sama ada bayaran penuh atau berperingkat.

Maklumat lanjut dan pandaftaran hubungi Ustaz Rohidzir Rais, 019-3459257

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *