Assalamualaikum semua pelajar selamat sampai ke SINAR dari Ma’hadul-Azhar semalam. Agak lewat sampai kerana lewat bertolak ataa faktor kesihatn saya.

Kami juga singgh di Kemunting menyambung silaturahim dengan Pengerusi dan mudir Sekolah Hafaz Quran Ibnu sina, Ustaz Afif. Ustaz juga jamu semua pelajar SINAR makan di restoran ikan bakar.

Kami juga bertemu dengan Ustaz Firdaus Arshad bekas pelajar Ma’hadul-Azhar yang tinggal berhampiran tempat kami makan.

Alhamdulillah semua selamat sampai.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada al-Fadhil Ustaz Yusoff Uthman yang sudi menerima, membimbing dan menyantuni anak-anak SINAR selama dua minggu.

Terima kasih juga kepada pembimbing yang mengasuh mereka dengan bersemangat, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ustaz Halim, Ustaz Ahmad Zaki dan Ustazah Nuur Aini, tidak lupa juga Makjang Fauziyyah.

Azharul-Ummah, penyatuan dua entiti yang tidak pernah terpisah, Ma’hadul-Azhar dan SINAR.

Mudir SINAR, Ustaz Rohidzir Rais, bersama dengan dua orang pembimbing hebat, Ustaz Shuib Mohd Amin dan Ustaz Yusoff Uthman.
Ustaz Shuib Mohd Amin gigih membimbing pelajar dalam subjek Balaghah menggunakan kitab al-Balaghah al-Wadhihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *