ke Universiti al-Azhar dengan sijil SPM

PENGENALAN & SEJARAH

Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Kerajaan Malaysia diwakili oleh TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Mesir pada ketika itu manakala Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ahmad Muhammad Al-Tayyib.

Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk:

melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya. Bermula pada tahun 2016, fakulti ini telah memperkenalkan dua jabatan baru, Syariah dan Usuluddin.

SYARAT KEMASUKAN

Satu-satunya kuliah di al-Azhar yang menerima lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berbanding kuliah lain yang hanya menerima lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

1. SPM yang tidak melebihi tiga tahun (SPM 2017 dan ke atas sahaja)semasa memohon.

2. Memperoleh  B  dalam subjek berikut (tanpa kompromi);

Bahasa Arab

Pendidikan Al Quran & As Sunnah

Pendidikan Syariah Islamiah

Namun begitu, pelajar yang tidak memperoleh B bagi tiga subjek TANPA KOMPROMI boleh membuat rayuan melalui saluran khas terus ke pejabat presiden Universiti jika lulus semua subjek tanpa gagal DAN selepas kekosongan kuota 300 kerusi.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian di fakulti ini ialah lima (5) tahun, termasuk Tamhidi atau persediaan Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zaid satu tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.

LOKASI & KELEBIHAN

Kuliah Ulum Islamiah ini terletak di Hayyu Sadis (Syeksen 6), Madinet Nasr, Kaherah. Universiti Al-Azhar Asy-Syarif di Kaherah terbahagi kepada dua tempat. Satu di Hayyu Sadis (baru) dan satu di Darrasah (lama), bersebelahan dengan Masjid al-Azhar. 

Bagi kuliah Ulum Islamiah, dewan kuliahnya adalah di dalam Masjid Az-Zahraa, yang terdapat banyak kelas di dalamnya.. Suasana belajar di fakulti ini lebih tenang dan tidak terlibat dengan kesesakan.

WAJIB HADIR KULIAH

Kehadiran ke kuliah adalah WAJIB, tidak seperti kuliah-kuliah lain. Ini memberikan suntikan semangat kepada pelajar untuk istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. 

BILANGAN PELAJAR TERHAD

Bilangan pelajar dalam sebuah kelas dihadkan kepada 30 orang sekelas, dengan pemisahan antara mahasiswa dan mahasiswi. Dengan itu, pensyarah memberikan perhatian lebih kepada setiap pelajar.

PENSYARAH TERBAIK AL-AZHAR

Tambahan pula, pensyarah-pensyarahnya terdiri daripada syeikh dan professor yang mempunyai pengkhususan dan kepakaran dalam setiap bidang masing-masing. Mereka yang terpilih adalah dalam kalangan pensyarah yang terbaik yang ada di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif ini.

KOS PENGAJIAN

Yuran tahunan bagi pelajar Ulum Islamiah ini adalah USD1,000.00 (dollar) bersamaan RM4076.00, mengikut nilai dollar semasa.

KURSUS PEMANTAPAN ILMU SEBELUM KE MESIR

Kelebihan pergi ke Universiti al-Azhar melalui SINAR adalah setiap pelajar diberikan kursus tiga bulan bagi memantapkan ilmu mereka terutama Bahasa Arab. Ini amat membantu untuk setiap pelajar cemerlang di al-Azhar.
Maklumat Lanjut, Layari: http://danasinar.com/kursus-intensif-pemantapan-ilmu-2/

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:

Ustaz Rohidzir Rais

Mudir Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR)

rohidzir.rais@gmail.com

019-345 9257

www.danasinar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *