Menyediakan pelajar bijak dan muda dengan silibus yang tinggi tidak dapat dilakukan dengan sempurna tanpa kunci utama ini. Guru.

SINAR dalam keterbatasannya masih bersyukur kerana sepanjang penubuhannya sehingga kini dianugerahkan barisan penasihat dan pembimbing yang berwibawa, cekal dan mempunyai autoriti dalam bidang kepakaran masing-masing.

Bayangkan anak-anak semuda 10 tahun dibimbing oleh sekumpulan guru yang mempunyai pengikritafan sama ada daripada universiti dalam dan juga luar negeri, sama ada yang mempunyai ijazah pertama, kedua dan lanjutan. Kesanggupan para ilmuan ini merendahkan diri bagi membimbing anak-anak kecil ini amat disanjung tinggi. Ini mengingatkan kepada Rasulullah SAW yang mengasuh dan membimbing generasi muda Islam dengan tangannya sendiri. Ternyata ia memberikan manfaat besar pada perkembangan Islam kemudiannya.

Selain penasihat dan guru-guru sedia ada, untuk tahun 2020 ini, SINAR berbesar hati mengalu-alukan dua orang ilmuwan muda dan hebat tanah air untuk bersama anak-anak SINAR:

Dr Mohd Hapiz bin Mahaiyadin atau Hapiz Kodiang seorang pensyarah di UITM yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. Lepasan al-Azhar ini dilhat sebagai seorang ilmuwan yang berwibawa keilmuaannya dan meningkat naik dalam bidang akademik dan diterima masyarakat.

Ustaz Abdul Latif bin Subky al-Hafiz Rahbar Subkylatifputra adalah seorang konsultan syariah untuk Standard Chartered Bank dan merupakan penasihat syariah paling muda di Malaysia. Selain menamatkan hafaz al-Quran di Turki, beliau juga menyelesaikan pengajiannya di Dar al-Uloom Zakariah, Afrika Selatan.

Lebih menarik, kedua-dua guru ini adalah lepasa Ma’hadulAzhar PokokSena . Ini menjadikan lepasan mahad ini yang berada bersama SINAR adalah seramai lima orang, termasuk Ustaz Rohidzir Rais, Ustaz Mohd Zuhdi Ahmad dan Prof Madya Dr Irwan Bin Mohd Subri.

Sudah tentu gabungan ilmuwan hebat ini memberikan kekuatan kepada SINAR bagi meneruskan pendidikan aras tinggi kepada pelajar-pelajar bijak dan berakhlak mulia.

Pengenalan Gambar:

Dari Kiri

1. Dr Mat Rofa Ismail, bekas pensyarah matematik UPM
2. Prof Madya Dr Irwan Bin Mohd Subri, pensyarah USIM dan Pengarah INFAD
3. Dr Mohd Hapiz Muhaiyadin, AJK Majlis Fatwa Kedah dan pensyarah UITM
4. Ustaz Yusoff Uthman, Mudir dan pendiri Ma’hadul-Azhar
5. Ustaz Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, Timbalan Mudir 1 SINAR
6. Ustaz Rohidzir Rais, Mudir SINAR dan penulis 65 buah buku serta penceramah bebas.
7. Ustaz Mejer (B) Mohd Zaini Mohd Nasir, Timbalan Mudir 2
8. Ustaz Akbar Sarif, Guru pakar
9. Ustaz Abdul Latif Rahbar Subky, Penasihat bank dan penceramah bebas
10. Ustazah Rini Ayiranti Romli, Guru pakar.

______________________________________________

Mahu permata hati kesayangan anda dibimbing oleh barisan ilmuan ini?

Taklimat dan temuduga pelajar dan ibubapa akan diadakan pada 9 November 2019 jam 9 pagi di SINAR Port Dickson. Hantarkan maklumat berikut untuk menyertai taklimat ini:
Nama Anak:
No KP@Mykid:

Nama bapa:
No hp:

Nama Ibu:
No Hp:

Hantarkan ke 019-3459257

Ustaz Rohidzir Rais
Mudir Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)
Port Dickson

Maklumat lanjut layari: www.danasinar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *