June 5, 2015 at 11:58 AM

MENANGANI KONFLIK ANAK-ANAK DENGAN HIKMAH

Oleh

ROHIDZIR RAIS

Mudir Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR), Sepang

/>

Bergaduh dan berkelahi adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan anak-anak. Sama ada anak lelaki atau pun perempuan, perselisihan pasti berlaku sama ada melibatkan adik beradik atau rakan-rakan.

Berbeza pandangan dan kemahuan adalah fitrah semulajadi dalam masyarakat. Justeru apabila jaringan sosial anak-anak semakin lebar, mereka menemui rakan-rakan baharu yang berlainan asuhan dan didikan. Pengenalan baharu kadang kala berjalan denganharmoni, tetapi sering juga berlaku perdebatan dan perselisihan, hattan pada isu paling remah sekali pun.

Pergaduhan adalah satu juzuk daripada proses pembelajaran anak dalam berinteraksi dengan masyarakat yang lebih terbuka. Ini berbeza sekali dengan ‘masyarakat tertutup’ yang dilaluinya di rumah. Ibu dan bapa atau orang dewasa lain menjadi pemerhati tetap dalam aktiviti anak-anak di rumah hingga tidak memungkinkan anak-anak melakukan kesalahan. Sekali pun ada kesilapan yang dilakukan, ibubapa sentiasa ada bagi membetulkan kesalahan mereka. Kerana itu, tiada anak yang tega melakukan kesalahan di hadapan ibubapanya.

Luangkan masa bersama anak-anak melakukan aktiviti santai bagi mengenali sifat sebenar anak-anak.

Luangkan masa bersama anak-anak melakukan aktiviti santai bagi mengenali sifat sebenar anak-anak.

Masyarakat terbuka di luar sana, seperti di sekolah, sebaliknya memberikan mereka ruang seluas-luasnya peluang untuk menunjukkan sikap sebenar mereka. Pergaulan mereka dengan rakan-rakan baru pula menumbulkan konflik berbeza yang boleh sahaja mencetuskan perselisihan dan perbalahan.

Namun sekali pun pergeseran acap berlaku dalam masyarakat kanak-kanak ini, tetapi fitrah anak yang masih bersih daripada perasaan dendam dan dengki, ia boleh dilupakan dalam masa singkat. Kita biasa melihat kanak-kanak yang bertumbuk pada waktu paginya, tetapi sudah boleh bermain bolasepak bersama pada waktu petang. Maha Suci Allah yang menjadikan naluri anak-anak bersih dari hasad.

Campur Tangan Ibubapa dan Orang Dewasa

Perkelahiran dan pendamaian yang berlaku dalam masa yang pantas adalah keadaan normal kanak-kanak dalam perkembangan emosi dan skilsosial mereka. Tetapi perkembangan ini akan terbantut apabila konfliks anak-anak melibatkan campur tangan daripada orang dewasa terutamanya ibu bapa.

Dalam satu kes buli yang saya kendalikan melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang telah memukul seorang pelajar lain berusia11 tahun. Kes ini menjadi serius kerana melibatkan seorang pelajar dewasa dengan kanak-kanak yang fizikalnya jauh lebih kecil. Malah kesan daripada serangan ini menyebabkan mangsa terpaksa dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan lelah dan trauma. Memandangkan kesalahan yang serius, pihak sekolah menjatuhkan hukuman buang sekolah kepada pelajar ini.

Menariknya, apabila kes ini dibawa kepada bapa pelajar,reaksinya sangat mengejutkan. Si ayah tidak langsung memarahi anaknya yangbaharu sahaja mencederakan seorang budak. 

Sebaliknya dia mencari kesalahan pihak sekolah dalam menangani kes anaknya. Paling parah apabila dia memarahimudir sekolah di

hadapan anaknya, seolah-olah anaknya tidak melakukan sebarangkesalahan.

Ibubapa yang Terlalu Mendewakan Anak-Anak

Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi anak-anak terbaik dan pelajar contoh di sekolah. Bagi mereka anak-anak masih mentah, suci dan tidak pernah bersalah. Sekiranya ada kesalahan anak-anak yang dibawakan kepada mereka oleh pihak sekolah, dengan segera mereka mencari kesalahan orang lain.Sama ada mengaitkan pengaruh dan paksaan rakan-rakan lain atau kelemahan dan kesilapan guru, tindakan ibubapa memalaikatkan anak-anak hanya merosakkan mereka. Tidak ada ibubapa yang sanggup menerima keiblisan anak-anak mereka.  Lalu ibubapa yang gagal ini mula menyerang sekolah dan guru malah menghantar pelbagai mesej maki hamun dan ugutan kepadaguru yang terlibat.

Sekiranyanya ibubapa mahu anak-anak diasuh dengan baik dan cemerlang, perkara pertama yang perlu diterima ialah bahawa anak-anak andabukan malaikat!

Mereka hanya manusia biasa yang sedang belajar menjalanikehidupan yang kompleks. Lalu melakukan kesalahan dan kesilapan adalahsebahagian daripada fitrah manusia. Menerima hakikat kesalahan anak-anak adalah langkah paling awal dan utama dalam memperbaiki kesalahan mereka.

Lemparkan keegoaan ibubapa yang beranggapan hukuman pihaksekolah atas kesalahan anak-anak adalah seperti beranggapan mereka tidak pandai mengajar anak. Sebaik mana pun didikan ibubapa, pasti ada anak-anak yang enggan menerima asuhan mereka dan melanggarnya. Hatta seorang ustaz atau guru agamajuga sering kali diuji dengan anak-anak yang sukar didik hingga mencemarkan nama ibubapa yang hebat di mata masyarakat.

Ibubapa yang Dayus dan Gagal

Ibubapa dalam masyarakat moden hari ini juga kelihatan sangatlemah dan tidak sanggup berhadapan dengan anak-anak. Seolah-olah mereka lebih takutkan anak-anak, dan bukan sebaliknya. Kepercayaan bahawa anak-anak berhak memilih cara hidup mereka sendiri tanpa campur tangan ibubapa adalah pandangan yang salah. Mungkinkah ini kesan daripada doktrin pakar-pakar motivasi yang menceduk secara bulat-bulat ilmu keibubapaan daripada Barat untuk diserapkan dalam masyarakat Muslim Malaysia. Lalu kedayusan ibubapa hari ini bagaikan mengulangi kesilapan ibubapa di Barat.

Sangat memalukan melihat ibubapa yang terkulat-kulat memujuk anak-anak yang enggan ke sekolah seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada ibubapa. Begitu juga apabila ibubapa tidak mampu menghukum anak-anak yangmelakukan kesalahan atas alasan sayang dan kasihan. Lalu kesalahan demikesalahan yang dilakukan oleh anak-anak dibiarkan begitu sahaja.

Untuk merotan anak-anak sahaja seorang bapa atau ibu tidak sanggup. Bagaimana pula mereka mahu bertegas agar anak-anak mengikut peraturandan arahan mereka.

Kasih sayang bukan hanya dengan peluk cium setiap hari danmenurut kehendak anak-anak. Kasih sayang ibubapa kepada anak-anak dipamerkandengan cara yang sangat abstraks. Jika masih ingat bagaimana ibubapa kitamendidik kita dahulu, sangat berbeza dengan cara kita sekarang. Seorang ayahtidak pula peluk cium anak-anak setiap hari. Sebaliknya bapa dahulu sangattegas dan garang hingga menimbulkan ketakutan anak-anak. Tetapi itu caraibubapa duhulu mempamerkan kasih sayang. Dan kita yang menerima ‘kasih sayang’mereka hanya memahaminya apabila telah dewasa dan menjadi orang yang berguna.Kita berterima kasih kepada ketegasan mereka mendidik kita. Ini tidak berlakukepada ibubapa hari ini yang terlalu memanjakan anak-anak dengan kasih sayangpalsu!

Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukanibubapa apabila berhadapan dengan konfliks anak-anak.

KESALAHANIBUBAPA DALAM MENCAMPURI KONFLIKS ANAK

KESALAHAN 1: MenyalahkanAnak lain

Kesalahan paling besar ibubapa dalam menangani masalahanak-anak ialah anggapan bahawa anaknya tidak mungkin melakukan kesalahan.Rentetan daripada anggapan ini, setiap pelanggaran undang-undang atau perbalahan yang berlaku, ibubapa akan segera meletakkan kesalahan kepada orang lain, walau pun dalam keadaan tidak munasabah.

Misalnya dalam kes di atas apabila pihak kedua tidak dapat disalahkan, lalu si bapa mengalih kesalahan kepada pihak sekolah kononnya tidak beradab dalam menangani kes anaknya. Kesan paling besar diterima oleh anak yangmelakukan kesalahan. 

Apabila melakukan kesalahan yang besar seperti ini, dia tetap dibela oleh ayahnya. Lalu anak ini tidak akan serik dan pasti mengulanginya pada masa akan datang.

Langkah pertama yang perlu ibubapa lakukan apabila anak-anak melakukan kesalahan ialah menetapkan dalam minda bahawa anak mereka adalah manusia biasa yang dalam proses pembelajaran. Mereka berupaya melakukan kebaikan dan juga kesalahan. Menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah, ia secara langsung membuka ruang bagi memikirkan bagaimana mahu menanganinya agar tidak berulang. Ia juga dengan segera menutup ruang untuk ibubapa mencarikesalahan pihak lain.

Teguran kepada anak-anak, kadang kala dalam bentuk yang lembut dan kadang kala perlu berkeras.

/>Teguran kepada anak-anak, kadang kala dalam bentuk yang lembut dan kadang kala perlu berkeras.

KESALAHAN 2: MembelaAnak di hadapan Orang lain

Kebiasaan ibubapa apabila diajukan mengenai kesalahan anakmereka, pasti mereka melenting dan menafikannya. Reaksi ini berlaku kerana mereka beranggapan tuduhan terhadap anak mereka seolah-olah mendakwa mereka sebagai ibubapa yang tidak pandai menjaga dan mendidik anak hingga melakukan kesalahan seperti ini.

Bererti apabila ibubapa membela anak, sebenarnya mereka sedang mempertahankan ego sendiri. Mereka lebih mementingkan reputasi dankeegoan masing-masing daripada membimbing anak memperbaiki kesilapan. Tetapikesannya dirasai oleh anak yang tidak berasa bersalah dan besar kepala. Lalukesalahan yang sama akan dilakukan kerana berasa selamat dengan pembelaandaripada ibubapa. Akhirnya anak ini membesar menjadi individu yang tidakberdisiplin, pemarah dan tidak bertanggung jawab.

KESALAHAN 3:Mengalihkan Kesalahan ke Bahu Ibubapa

Kasih sayang ibubapa kepada anak-anak adalah fitrah yangtidak dapat dialihkan. Namun kesilapan mempamerkan kasih sayang ini menjadiracun yang membunuh mentaliti dan akhlak anak-anak. Kerana kasih itu bukanobjek yang boleh dipamerkan dan dipertontonkan. Sayang juga tidak dapatdizahirkan dengan pelukan dan ciuman.

Kesalahan ibubapa apabila mahu menonjolkan kasih sayang mereka kepada anak-anak dengan mengorbankan diri mereka. Malah apabila anak-anak melakukan kesalahan, ibubapa pula yang terpaksa bertanggungjawab mengalas bebankesalahan ini. Dalam banyak kes, apabila anak melakukan kesalahan seperti mencuri atau memukul orang lain, ibubapa tidak sanggup melihat anak menerima hukuman akan merayu agar guru atau pihak berkuasa memaafkan anak. Lebih parah mereka pula menawarkan diri menanggung kesalahan anak.

Terdapat ibubapa yang menghubungi sekolah atau ibubapa pelajar yang dikasari anak untuk meminta maaf bagi pihak anak mereka. 

Dalam tidak sedar mereka sebenarnya sedang membina sebuah tembok ketidakbertanggungjawapan dalam diri anak. Dan tembok ini semakin menebalapabila semua kesalahan dilakukannya, terlepas begitu sahaja.

Wahai ibubapa yang mengasihi anak-anak! Demi kasih sayang yang tumbuh subur dalam diri anda terhadap anak-anak. Salurkan rasa kasih ini dengan cara yang betul. Berhenti memusnahkan anak-anak anda dengan kasih sayang secara semberono. Demi melihat anak-anak membesar menjadi individu yang bertanggung jawab dalam masyarakat, biarkan mereka menanggung kesalahan yangmereka lakukan. Ajarkan mereka bahawa setiap tindakan dan keputusan yangdilakukan mempunyai sebab dan akibatnya. Lalu belajarlah berfikir sebelum bertindak. Dan didik mereka menghargai orang lain, sebagaimana mereka mahu orang lain menghargai mereka.

KESALAHAN 4: MenghasutAnak untuk Memusuhi Orang lain

Dalam konflik yang berlaku antara anak dan rakannya, secara refleks ibubapa akan cuba menenangkan anak. Namun salahnya ialah apabila ibubapa memburuk-burukkan rakannya itu hingga dia beranggapan tindakannya bergaduh adalah benar. 

Misalnya, ibu mungkin mengungkapkan kepada anak, “rakan kamu itu memang budak jahat dan sukamengganggu orang lain.” Atau, “Memangpatut kamu memukulnya kerana sikapnya yang biadap dan degil, orang lain jugatidak gemar berkawan dengannya.”

Bujukan seperti ini walau pun bertujuan menenangkan anak,tetapi sebenarnya memberikan implikasi negatif kepadanya. Si anak akan berasatidak bersalah kerana tindakannya dijusfikasikan dengan sikap rakannya yangkononnya memang jahat. Dia gagal belajar daripada kesalahannya dan akanmengulanginya lagi pada kesempatan lain.

Sebaiknya dalam membujuk anak berikan jusfikasi yangseimbang. Misalnya, “tindakan rakan kamumemukulmu adalah tidakan yang salah. Tetapi sikap kamu yang degil dan sukamengganggu orang juga salah dan perlu dibaiki.”

KESALAHAN 5: Menyalahkan Ibubapa Anak lain

Anak yang suci jiwa mereka tidak menyimpan dendam apabilaberselisih faham dengan rakan walau pun menyebabkan pergaduhan. Fitrah merekamenyebabkan hubungan persahabatan antara rakan-rakan tidak terputus begitu sahaja lantaran salah faham.

Keadaan ini berbeza dengan sikap orang dewasa yang jiwamereka sudah dicemari perasaan ego dan dendam. Justeru menjadi kesalahanibubapa apabila mencampuri pergaduhan anak-anak dengan rakan mereka danmeletakkan kesalahan pada bahu ibubapa lain. Sikap sebahagian ibubapa yanggemar menyerang dan menyalahkan ibubapa lain atas kesalahan anak merekamenyebabkan permusuhan antara dua keluarga.

Sebaiknya ibubapa tidak terlalu membesar-besarkan pergaduhanyang berlaku di antara anak mereka dengan rakannya. Sekiranya dirasakan perluberjumpa ibubapa rakan anak yang bergaduh itu, berjumpa dalam keadaan harmoni dan tidak saling menunjil jari. Jadikan ini sebagai peluang berkenalan dengan keluarga rakan anak dan dengan kemesraan antara dua keluarga ini diharap dapatmerapatkan hubungan persahabatan antara anak-anak.

Sebagaimana anak-anak berupaya melakukan ibadah, mereka juga boleh melakukan dosa.

Sebagaimana anak-anak berupaya melakukan ibadah, mereka juga boleh melakukan dosa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *