Khurafat paling besar dalam sains adalah keimanan bahawa hanya satu metode sains dalam menangngapi ilmu ini. “Scientific Method” menjadi mazhab yang diterima luas dalam komuniti sains Barat yang kemudian diikuti oleh TImur.Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dalam karya luar biasanya, ‘Tawhid and Science’ menjelaskan bahawa kepercayaan ini semakin tergugat apabila ilmuwan Islam mula menerima kepelbagaian metode dalam sains. Ini membuka ruang lebih luas kepada tafsiran berasaskan tauhid yang tidak ada dalam sains moden acuan Barat hari ini.

Beliau menukilkan pandangan Dr Hossein Nasr, yang menjuarai isu ini, berpandangan bahawa kepelbagaian metode sains kini telah diterima dengan amat luas sehingga menerima Kitab Suci al-Quran sebagai sebahagian daripada metode sains. Sesuatu yang tidak akan berlaku dalam bidang sains.Lalu kira boleh faham Sains yang dilihat oleh mereka yang bermazhab Scientific Method sebagai sesuatu yang tunggal (esa) dan golongan yang menerima kepelbagaian metode sains. Ia ibarat sekumpulan si buta memegang seekor gajah pada sisi yang berbeza.

Lalu apakah perbezaan besar di antara dua metode ini?

Dr Osman Bakar menjelaskan bahawa paradigma epistemologi baru diperlukan bagi menyingkapi sains moden hari ini. Dan landasan yang digunakan dalam sains moden acuan Barat (baca Atiesme) tidak mungkin mampu menerima Kitab Suci al-Quran dan segala nilai spiritual yang ada. Ilmuwan Melayu Islam yang diiktiraf dunia ini menjelaskan,

“How it do so when its very epistemology was itself the product of a conscious rebellion against, and rejection of the idea of revelation and all that it implies.”

Buku Tawhid and Science akan menjadi buku teks dalam subjek Falsafah kepada pelajar-pelajar SINAR yang berusia kurang 18 tahun. Saya mengulangi kembali bacaan buku ini dan sebagaimana ia menggoncang perspektif saya tentang sains sebelum ini, ia masih menjentik akal dan fikir. Besar harapan saya agar pelajar-pelajar SINAR yang didedahkan dengan ilmu ini mempunyai pemikiran berbeza daripada kebanyakan ustaz dan ustazah yang merasa canggung membahaskan isu sains dalam neraca agama. Seolah-olah kedua-duanya tidak bergabung. Akhirnya mengeluarkan kenyataan yang memalukan, biarkan orang sains membahaskan bidang mereka, kitakan bidang agama!…

Saya melihat sains sebagai subjek yang suci kerana ia berada di dalam kerangka akidah dan membawa kepada tauhid sebenar jika metodologinya benar. Sebaliknya mereka yang mempelajari sains sebagai alat menghasilkan teknologi dan beranggapan dengan inovasi dan teknologi ini manusia menjadi lebih maju, tidak akan mampu menerimannya.

Kerana itu, konsep ‘beragama’ itu sendiri tidak mampu difahami oleh pelajar sains yang tidak belajar akidah dalam fakulti sainsnya. Seorang saintis beragama Islam yang bersolat, menunakan haji dan berpuasa juga boleh menjadi seorang aties apabila berada di dalam makmal sainsnya!

Ustaz Rohidzir Rais

Mudir SINAR

Guru Tauhid Saintifik

Guru Falsafah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *