SINAR bukanlah sebuah sekolah agama biasa. Kami memberi penekanan kepada integrasi ilmu dalam erti kata yang sebenarnya. Ilmu dunia tidak terpisah daripada ilmu akhirat. Sains dipelajari dengan asas tasawwur Islam yang mantap. Bukan setakat itu, para pelajar turut didedahkan kepada kemahiran seni & teknologi maklumat supaya dapat digunakan dalam usaha dakwah.

 

SINAR juga diasaskan berdasarkan acuan kejayaan sekolah Ma’hadul-Azhar, Pokok Sena, Pulau Pinang yang berjaya melahirkan lepasan pelajar yang menyambung pelajaran ke universiti, terutamanya Universiti al-Azhar, Mesir, dalam usia muda. Institusi itu, yang diasaskan dan diuruskan sendiri oleh Ustaz Yusoff Uthman sejak 27 tahun lalu, menerapkan konsep pendidikan yang menongkah arus pendidikan semasa negara ini. Sekali pun kelihatan janggal dan dipertikaikan oleh pendidik, ibubapa dan malah pelajar sendiri, tetapi kejayaan lepasannya yang cemerlang dalam pendidikan tinggi dan keterlibatan mereka dalam pelbagai bidang pekerjaan, membuktikan kejayaan sistem alternatif ini.11038873_10205086571818637_5894512384901326782_n

10858353_10204668369363837_4097812678573789063_n

10406878_10204160088737139_1397050950073800798_n

SINAR yang menyasarkan kelahiran sekolompok ulama berwibawa tidak mungkin mampu mencapai cita-citanya tanpa kewangan yang mencukupi. Kerana operasi SINAR yang melibatkan tenaga pengajar pakar juga memerlukan kos yang tinggi bagi membayar gaji guru dan bahan- bahan rujukan. Pengambilan pelajar yang terhad juga menyebabkan kos setiap pelajar semakin tinggi sedangkan kemampuan ibubapa menyara anak-anak mereka adalah terhad.

KEBERANGKATAN PELAJAR SINAR KE MA’HAD BUUTH AL-AZHAR MESIR 2021